Friday, 18 November 2011

Apa Yang Kau Mahu ?

...
Punyalah banyak patah perkataan yang aku hantar,
sepatah sahaja yang dibalasnya .
 kecewa menerimanya, namun aku teruskan juga dengan menukar sedikit soalanku dengan harapan
lebih banyak perkataan yang di berikan
Ya !
Ternyata usahaku masih kurang berjaya.
dua patah sahaja yang aku terima .
Aku tekadkan hati bagi menanyakan sesuatu yang lebih serius
cukup baik aku bagi pembuka bicara, permulaan kata ..
daripada aku terus tanya .
apapun,
jawapan yang ku agak semestinya dapat mengembalikan kegembiran hati buat si gadis yang sememangnya
 yang tengah gembira ,
bukan 'tuk diriku yang masih di landa kecewa, duka dan lara .

  ". .bab saya sayangkan awak . . "

Hanya dengan sebaris ayat itu sahaja cukup membuatkan diriku
 menerima sentapan yang cukup hebat .
Tidak sampai seminit cuma ,
kolam mataku, ku rasakan hangat lalu gugur jua mutiara jernih yang ku cuba tahankan .
Sakit! Cukup sakit hatiku diperlakukan sebegitu !
kau tak rasa apa-apa ke dengan menipu aku ?
atau kau tak pernah nak ambil tahu ?
aku tak tahan . .

         Kau kata kau sayangkan aku, kenapa kau ' buang ' aku ?
Kau kata aku yang kau tunggu, kenapakau seakan melupai diriku ?

apa yang kau mahu ?

tidak cukup lagikah kau menyeksa diriku?
wajarkah tindakan kau yang kononnya tidak sengaja mengabaikanku?

Kau penipu !

Jujur aku katakan,
aku seolah-olah tidak lagi mengenali dirimu yang kini
 Aku rindukan kau yang dulu . . .
namun,
dirimu itu . . lenyap bersama sama peredaran waktu . . . . .

Kau tak lagi Ku fahami kini .

No comments:

Post a Comment